CARA GAJI CASH APPLY LOAN KERETA

Hi apa khabar warga garagebelakang,saya Afif Tuah jurujual kereta terpakai johor bahru,dalam blog kali ini saya ingin menerangkan secara detail bagaimana cara untuk membeli kereta jika anda bergaji CASH tanpa penolakan epf/kwsp dan tiada statement bank atau anda yang berniaga kecil-kecilan.

Jika anda bergaji cash tetapi ada penolakan KWSP/EPF cara ini bukan untuk anda.

Antara gaji cash yg kita boleh tolong antaranya:
1-Perniaga kecil-kecilan(kedai sate,guting rambut,pasar malam dan lain-lain)
2-Kerja pekebun/petani atau nelayan
3-Kerja dengan majikan tetapi tiada penolakan  epf/kwsp, gaji tiada masuk bank dan gaji ambil cash
4-Berniaga kecil-kecilan tetapi tiada bank statement atau SSM

Untuk 4 perkara di atas kita boleh bantu dgn syarat perlu ada:
1-LESEN KERETA
2-UMUR 21 TAHUN keatas
3-ADA TAMBAHAN GERANTOR/PENJAMIN.
untuk gerantor atau penjamin boleh ibubapa, adik-beradik atau suami-isteri yang bekerja sendiri atau bekerja dengan majikan.

Untuk gaji cash, dokumen yang di perlukan lain sedikit, antaranya
🔸SALINAN IC DAN LESEN DPN DAN BELAKANG
🔸AMBIL GAMBAR ANDA SEDANG BEKERJA
🔸AMBIL GAMBAR SIGNBOARD KEDAI
🔸AMBIL GAMBAR KESELURUHAN KEDAI DARI JARAK JAUH(Suasana Kedai)
🔸AMBIL GAMBAR SLIP GAJI(jika anda berkerja dengan majikan)
🔸AMBIL GAMBAR SURAT PENGESAHAN MAJIKAN(Jika Anda Bekerja Dengan Majikan)
🔸AMBIL RESIT JUALAN ATAU INVOICE BELI BARANG(Jika Ada)
🔸SIJIL SSM(Jika Ada)
🔸CTOS DAN CCRIS REKOD(Jika Ada)

INI SAYA SEDIAKAN CONTOH GAMBAR KEDAI SATE👇
1-BUNGKUSAN MAKANAN
2-SKOP KERJA YANG DI JALANKAN
3-SUASANA KEDAI/TEMPAT KERJA
4-SKOP KERJA YANG DI LAKUKAN
5-BARANG-BARANG KERJA UNTUK MEMBUKTIKAN KEDAI BEROPERASI

BOLEH APPLY PINJAMAN PENUH KE?
Maaf untuk bergaji cash tidak boleh apply pinjaman penuh dan anda perlu sediakan duit deposit minimum dalam RM3k ke RM4k.

KAWASAN
Selepas loan anda dah nak lulus, pihak Institusi kewangan minta kita(salesman) ke tempat anda berniaga atau bekerja untuk ambil gambar semula dan di dalam gambar tersebut perlu ada salesman dan anda untuk membuktikan kepada pihak bank yang anda bekerja/berniaga di situ.
Untuk kawasan yang kita boleh pergi antaranya
☑️Johor bahru
☑️Pasir Gudang
☑️Kulai
☑️Skudai
☑️Gelang Patang
☑️Nusajaya
☑️Johor Jaya
☑️Kota tinggi

Jika anda berada di luar kawasan johor bahru contohnya
✅Batu Pahat
✅Muar
✅Simpang Renggam 
✅Negeri sembilan
✅Kuala lumpur
✅Perak
✅Kedah
✅Dan Lain-Lain
kita juga boleh bantu, cuma ada caj untuk kesana.
Untuk caj harga antara rm200-rm600 untuk penginapan,duit minyak dan tol.

BERAPA JUMLAH LOAN BOLEH LULUS?
Jumlah loan boleh lulus untuk bergaji cash, paling tinggi adalah rm35k kebawah,daripada jumlah loan ini saya biasanya cadangkan pelanggan untuk apply kereta contohnya proton saga, proton preve, perodua myvi,proton persona,perodua viva,proton exora,honda city, toyota vios,nissan almera dan lingkungan tahun 2014 kebawah mengikut harga kereta semasa.
Jika anda ada deposit lebih, kita boleh bantu apply untuk kereta innova,avanza,brv dan lain-lain kereta yang harga lebih rm35k keatas.


Itu sahaja daripada saya,saya harap perkongsian saya ini sedikit sebayak dapat membantu memudahkan urusan anda untuk memiliki kereta.
Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh Whatsapp terus di nombor ini👇

https://wa.me/60198090780 

Jika anda belum follow page facebook saya boleh tekan link ini untuk mengetahui lebih lagi mengenai bagaimana cara saya membantu mereka memiliki kereta 

https://www.facebook.com/garagebelakang




Comments

Popular Posts