Jangan anggap masuk loan ini mudah

Maksud saya jangan beranggapan masuk loan ini mudah kerana anda perlu membuat persediaan awal.

Persediaan masuk loan ini amatlah penting,kerana apply loan ini umpama kita memasuki ujian peperiksaan.
Semua tahu apabila kita masuk ujian peperiksaan kita akan buat persediaan awal supaya kita mendapatkan markah yang cemerlang.betul tak?

Sama seperti masuk loan,kita perlu buat persediaan dari segi gaji,bank statement dan lain-lain dokumen.
KENAPA KITA PERLU BUAT PERSEDIAAN?
Andaikata siap sahaja dokumen anda terus apply loan kereta,
Contoh lah dokumen anda ada yang tak betul atau tak tepat,dan loan anda direject oleh bank,
ini menyebabkan dalam sistem bank seluruh malaysia ada rekod anda yang pernah direject oleh bank sebelum ini.
ini menyukarkan anda untuk submit semula dengan bank lain walaupun anda pergi mana-mana kedai sekali pun.
Saya harap anda ambil serius tentang ini,
Sebab apa ramai pelanggan saya sebelum ini submit loan tempat lain dan kemundian minta untuk saya bantu,setelah saya check,didapati dokumennya ada tak betul dan bank beranggapan dokumen ini adalah palsu.
Kerana bank amat serius melihat sesebuah dokumen untuk memberi pinjaman kepada seseorang.

Ada juga situasi sebelum ini, saya beritahu pelanggan itu,dokumennya ada yang tidak tepat dan saya beritahu dia untuk tunggu slip gaji untuk bulan hadapan, sebabnya ada langkah-langkah lain yang patut saya buat bagi dokumenya cantik,tapi last-last pelanggan itu tidak sabar terus pergi ke kedai lain dan loan beliau tidak lulus.Ini menyebabkan kita tidak boleh bantu beliau kerana rekodnya sudah ada.

Kerana ada sesetengah salesman diluar sana tidak betul-betul check dokumen anda sebelum mereka submit.

Saya harap perkara ini tidak berlaku kepada anda, ya, saya faham kereta adalah keperluan,tapi jika kita sabar sedikit sahaja insyaallah loan anda boleh lulus,baik lambat daripada terus tak dapat kereta, betul?

LANGKAH PERSEDIAAN YANG PERLU ANDA LAKUKAN?

1-GAJI BULANAN ANDA

Gaji adalah salah satu faktor utama untuk membantu loan anda mudah lulus.

Saya cadangkan anda usahakan 3 bulan gaji dalam keadaan baik,kalau anda ada ot,komisen dan elaun usahakan untuk dapatkan kesemuanya ,supaya anda boleh tunjukkan kepada pihak bank yang anda seorang pekerja yang bagus dan dari situ bank boleh letakkan scoring dokumen anda pada tahap yang bagus. 

Bukan sahaja lulus, jika scoring anda tinggi ia memudahkan anda membuat pelbagai pilihan kereta yang anda minat contoh myvi,toyota,honda dan lain-lain lagi.

KALAU GAJI SETIAP BULAN MENURUN?
jika berlaku penurunan gaji dalam tempoh 3 bulan terkini atas sebab-sebab tak dapat dielakkan,anda tak perlu risau loan kereta anda boleh lulus tetapi berkemungkinan loan anda dapat adalah rendah sedikit atau jika anda mahu dapatkan jumlah loan yang tinggi boleh tambah gerantor/penjamin seperti ibu-bapa, adik-beradik atau suami isteri.

2-DOUBLE CHECK SLIP GAJI DAN BANK STATEMENT ANDA

Apa yang perlu anda check?
Anda perlu check slip gaji yang anda dapat mesti sama dengan jumlah gaji yang masuk ke dalam akaun bank.
Jika anda ada ambil gaji advance pastikan gaji advance anda ada dalam bank statement dan ada tulis juga dalam slip gaji.

Kerana sebelum ini ada ramai pelanggan saya apabila mahu apply loan kereta dan di dapati dokumen yang berikan tak sama jumlah gaji yang beliau dapat dengan kemasukan dalam bank statement.
Tapi anda tak perlu risau jika anda ada masalah seperti yang saya beritahu tadi,insyaallah saya boleh bantu,Ramai pelanggan saya sebelum ini ada masalah ini juga dan berjaya saya bantu mereka.

3-DOUBLE CHECK TARIKH GAJI MASUK KE DALAM BANK

Apabila anda hantarkan bank statement kepada saya,anda boleh check dahulu bank statement yang anda berikan itu ada tarikh duit gaji anda masuk atau tidak.
Jika gaji anda masuk 1 bulan 2 ke 3 kali, anda boleh beritahu saya,tarikh apa gaji masuk, supaya saya boleh inform kepada pihak bank.

Apa berlaku jika anda tidak beritahu?
Biasanya proses loan anda akan menjadi lambat lulus dan kadang-kadang loan nya tidak lulus.

4-CHECK PENOLAKAN KWSP/EPF ANDA

Anda perlu check adakah slip gaji yang anda terima penolakan kwsp/epf sama dengan penyata kwsp/epf.
Jika tidak sama anda boleh beritahu saya,supaya kita boleh bantu untuk betulkan dan memudahkan loan anda lulus.

Jika anda bergaji cash dan ada penolakan kwsp, penyata kwsp adalah penting untuk anda sediakan kerana pihak bank akan lebih fokus melihat penyata kwsp/epf untuk membuat pinjaman.
kwsp ini sebenarnya tidak perlu jika slip gaji dan bank statement anda tiada masalah.

Andaikata bank statement atau slip gaji anda ada masalah di atas, biasanya bank mahukan penyata kwsp.

5-PASTIKAN GAMBAR YANG DIHANTAR JELAS DAN TERANG

Dokumen yang jelas dan terang juga membantu loan anda mudah dan cepat lulus,kerana bank lebih mudah melihat dan menilai dokumen anda.

Jika dokumen yang anda berikan ini melalui gambar dan hantar melalui Whatsapp,saya boleh sarankan hantar gambar melalui 2 cara:

1- Download App Clear Scanner
App ini mudah sahaja untuk digunakan,boleh download dalam app store atau play store.
Dan ambil gambar seperti biasa.
Selepas anda ambil gambar boleh tekan NOMBOR 1,kemundian tekan NOMBOR 2.


Selepas selesai ambil gambar boleh tekan NOMBOR 1, kemundian boleh terus send melalui Whatsapp sahaja.

2-BOLEH HNTR MELALUI PILIHAN DOKUMEN 


Jika slip gaji anda jenis yang cepat pudar,saya sarankan untuk ambil gambar terus selepas sahaja anda dapat slip gaji mengunakan phone,
atau anda boleh pergi kedai photostat dan jangan lupa beritahu kedai photostat untuk gelapkan sedikit tulisan pada kertas.

Itu sahaja perkongsian saya,saya harap info yang saya berikan ini dapat tambah pengetahuan anda dan mempercepatkan proses anda sediakan dokumen.

ANDA SUDAH LIKE PAGE GARAGEBELAKANG?
jika belum, anda boleh follow saya dengan tekan butang like.
Dalam page tersebut banyak lagi ilmu yang saya ingin kongsikan kepada anda.


Comments

  1. Nama saya Novia Antonus, Pemilik petshop dan toko pakaian di Malaysia.
    Saya ingin menceritakan kisah saya kepada dunia dan bagaimana saya mendapat pinjaman dari RIKA ANDERSON LOAN INVESTMENT COMPANY untuk memulai bisnis SAYA., beberapa bulan yang lalu.

    Saya tidak punya uang atau pekerjaan untuk memulai bisnis toko, jadi saya mulai mencari pinjaman di bank dan pemberi pinjaman di mana-mana tetapi tidak ada yang mau membantu saya.

    Jadi saya putus asa dan mencari secara online tetapi saya tertipu karena biaya pendaftaran tetapi tidak ada pinjaman yang diberikan kepada saya.
    Saya hampir menyerah tetapi saya membaca artikel yang ditulis oleh seorang wanita tentang bagaimana dia mendapatkan pinjaman di facebook dan blog kesaksian dari RIKA ANDERSON LOAN INVESTMENT COMPANY.

    PERUSAHAAN INVESTASI PINJAMAN RIKA ANDERSON memberi saya pinjaman 2% sebesar $25.000 pada bulan Maret 2020 dan dapat menawarkan jumlah berapa pun yang Anda inginkan. Ini adalah satu-satunya perusahaan online, sehingga Anda dapat memiliki perubahan cerita.

    Hubungi PERUSAHAAN INVESTASI PINJAMAN RIKA ANDERSON Via email
    Situs web: www.rikaandersonloancompany.webs.com
    email: Rikaandersonloancompany@gmail.com
    Whatsapp: +1(929)526-0086
    Nama saya Novia Antonus
    negara: malaysia
    dan saya di: noviaantonous@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts