Bagaimana cara saya membantu anda untuk memiliki kereta

Apabila anda buka blog ini bermakna anda berhasrat untuk membeli kereta, betul?
Hi sy Afif Tuah sales advisor, kepakaran saya adalah membantu anda untuk merealisasikan kereta idaman anda hanya di hujung jari.

Dan saya juga berpengalaman hampir 4tahun dalam bidang automotif dan telah membantu lebih 200 orang yang berjaya memiliki kereta.

Saya tahu ramai yang diluar sana takut atau risau dengan salemen used car, betul?
Saya ada juga follow group-group used car ada yang kene tipu hampir rm3xxx,loan tidak lulus lagi, salesmen tersebut dah minta duit processing,duit booking,duit submit bank lain dan macam-macam lagi sehingga alasan yang tidak munasabah

Saya faham ada di kalangan mereka, betul-betul mahukan kereta,yelah kereta ini kan keperluan,
untuk hantar anak ke sekolah,pergi kerja dan lain-lain, untuk menyempurnakan kehidupan seharian, betul tak?




BAGAIMANA CARA SAYA MEMBANTU ANDA MEMILIKI KERETA?

Apa yang perlu anda tahu, apabila saya bantu pelanggan saya, yang paling penting tiada apa-apa bayaran,tidak kisah bayaran masuk loan ke bayaran processing loan ke bayaran booking ke atau lain-lain,kata mudahnya saya bantu secara PERCUMA dan yang paling penting kita usahakan loan anda sampai lulus(mengikut terma dan syarat).

Apa yang perlu anda lakukan hanya sediakan dokumen sahaja.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Jika anda seorang pekerja dengan majikan atau syarikat boleh klik ini untuk detail dokumen๐Ÿ‘‡
Dokumen Untuk Pekerja

Jika anda seorang peniaga atau berkerja sendiri boleh klik link ini ๐Ÿ‘‡
Dokumen Untuk Peniaga

Sebelum anda klik link ini boleh baca dulu sampai habis.

NAMA ANDA BLACKLIST?
Jika nama anda ada senarai hitam contohnya
-CTOS
-CCRIS
-SAA(SPECIAL ATTENTION ACCOUNT)
-AKPK

Atau ada hutang sebelum-sebelum ini dengan AEON CREDIT, COURTS, SINGER dan lain-lain institusi kewangan dan bayaran bulanan di bayar tidak mengikut masa yang di tetapkan.Berkemungkinan nama anda di senarai hitam.Jika anda pasti nama anda ada senarai hitam boleh klik link ini untuk mengetahui cara untuk anda memiliki kereta๐Ÿ‘‡

Jika anda tidak pasti nama anda ada blacklist kita boleh cuba apply loan dahulu.

BOLEH KE APPLY FULL LOAN/PINJAMAN PENUH KERETA?
Dengan saya anda tak perlu risau,mana-mana pelanggan yang submit dokumen dengan saya,saya akan usahakan untuk apply pinjaman penuh/full loan,
tetapi kadang-kadang bank ada cut loan(loan dapat rendah) juga, bank akan menilai sesebuah dokumen dan meletakkan scoring untuk kelayakan loan.

Jika anda ingin mengetahui lebih detail,bagaimana cara-cara untuk apply Full Loan, boleh tekan link ini๐Ÿ‘‡
Cara Dapatkan Pinjaman Penuh

TEMPOH UNTUK MENGETAHUI KEPUTUSAN LOAN BANK
Tempoh untuk mengetahui keputusan loan bank, mengambil masa dalam 4 ke 5 hari sahaja, jika dokumen anda lengkap dan jelas.
Paling lama biasanya dalam 1 minggu sahaja.

Di sini saya ingin memberikan anda tips bagaimana membuat persediaan untuk loan anda mudah lulus,
Boleh klik link ini๐Ÿ‘‡
Cara Mudah Loan Lulus 

APA PERLU ANDA LAKUKAN SELEPAS LOAN ANDA LULUS?
Selepas loan anda lulus,boleh terus datang ke kedai kami untuk melihat kereta.

Jika anda kali pertama membeli kereta mungkin anda tidak berapa mahir mengenai kereta,disini saya kongsikan beberapa tips untuk memudahkan anda melihat kereta kondisi baik.
Boleh klik link ini๐Ÿ‘‡

BOLEH TUKAR KERETA SELEPAS LOAN LULUS?
Ye boleh,untuk tukar kereta tiada ambil apa-apa caj.andaikata loan anda lulus tinggi boleh tukar kereta kepada kereta lain yang anda minat.
Ada pelanggan saya sebelum ini mahu apply kereta myvi dan alhamdulillah loan nya lulus tinggi dan beliau ambil kereta honda city.

KEDAI DI MANA?
Kedai kami di kawasan Johor Jaya Jalan Rosmerah 2/2 berdekatan dengan NSK Pandan,Midas Pandan dan bersebelahan Petronas Johor Jaya,untuk alamat penuh boleh Whatsapp saya.

WAKTU BILAKAH ANDA PERLU KELUARKAN DUIT BOOKING?
Duit booking ini perlu di bayar selepas sahaja loan anda lulus.
Kenapa perlu duit booking ini?
Duit booking ini adalah untuk kita simpankan kereta yang anda minat supaya pelanggan lain tidak membelinya.
Kerana sebelum ini ada kes pelanggan saya loan nya dah lulus dan beliau lambat membayar booking,dan dijadikan tiada rezeki beliau,keretanya telah dibeli oleh pelanggan lain secara tunai.
Untuk pengatahuan anda kedai kami ada 3 cawangan di sekitar johor bahru dan jurujual di kedai kami ada lebih 40 orang,jika anda lambat kemungkinan besar kereta akan mudah terjual.

Booking ini juga membantu mempercepatkan proses surat agreement di buat oleh pihak bank,dari situ bank akan mudah sediakan surat-surat yang perlu anda sign nanti.

AKHIR KATA:
Itu sahaja penerangan detail bagi membantu anda memudahkan urusan membuat pembelian kereta,bagaimana? Anda berminat berurusan dengan saya?
Sebarang pertanyaan boleh terus Whatsapp saya di nombor ini๐Ÿ‘‡

Jika anda ingin tahu lebih detail mengenai garagebelakang
boleh tekan link ini๐Ÿ‘‡
Tentang garagebelakang

Kalau anda pernah masuk loan,dan pemohonan loan anda di reject saya sarankan untuk anda pergi ke link ini๐Ÿ‘‡
4 Punca Kenapa Loan Direject

Jika anda ingin melihat koleksi kereta kami jual sila tekan link ini๐Ÿ‘‡
Catalog Kereta

Sebarang pertayaan anda boleh whatsapp saya

Kepada anda yang belum LIKE PAGE garagebelakang anda boleh follow dengan tekan butang like sahaja,di situ banyak tips yang saya ingin kongsikan antaranya

-Cara Penjagaan kereta
-Cara Servis Kereta
-Info-Info terkini mengenai kereta
-Cara Bagaimana Loan anda Mudah Lulus
-Kenapa Loan anda direject oleh bank
-Dan Macam-macam lagi









Comments

Post a Comment

Popular Posts